Uzbekistan 7H6M

TRIP CUTI SEKOLAH 2019

Penerbangan Terus Bersama Uzbek Airway :

Flight Detail : 

 

RM 4,999 SEORANG DEWASA

RM 4,599 KANAK-KANAK (06-11 TAHUN) DENGAN KATIL

RM 4,399 KANAK-KANAK (02-05 TAHUN) TANPA KATIL

 

TARIKH TRIP : 22-28 MARCH 2019

Trip adalah 8 hari 6 malam. Akan tiba di Kuala Lumpur Airport pada 28hb March pada awal pagi.

HARI 1 

K.LUMPUR-TASHKENT (MOB/D)

Berkumpul di KLIA tiga jam sebelum berlepas. Penerbangan terus ke Tashkent, Uzbekistan. Tiba di lapangan terbang Tashkent International Airport. Disambut oleh wakil kami di sana dan menuju terus ke hotel untuk check-in

HARI 2 

TASKENT- BUKHARA (BLD)

Selepas sarapan, para peserta akan check-out hotel dan mula menuju ke Bandar Bersejarah Bukhara dengan menaiki Speed Train. Setibanya di Bukhara peserta akan dibawa masuk ke hotel dan makan tengahari. Lawatan selanjutnya akan di teruskan ke Citadel Ark, Bolo-Khauz Mosque. Peserta akan makan malam di hotel dan bermalam di Bukahara.

HARI 3 

BUKHARA (BLD)

Selepas sarapan pagi, para peserta akan memulakan lawatan ke Ismael Samni Mausoleum dan Chasma Ayub Mausoleum. Peserta akan di hidangkan makan tengahari tempatan yang terkenal di Uzbek iaitu “Plov”. Selesai solat zohor peserta akan meneruskan lawatan ke Poyi Kalon Ensemble (Minaret Kalon, Kaylon Mosque, Miri Arab Madrasah, Nodir Divanbegini Madrasah, Abdul Aziz Khan Madrasah, Magoki Attori Mosque). Peserta akan dibawa makan malam sebelum kembali berehat ke hotel.

HARI 4 

BUKHARA-GIJDUVAN-SAMARKAND (BLD)

Selesas sarapan pagi peserta akan check-in terlebih dahulu sebelum bergerak ke Samarkand melalui Gidduvan City. Peserta akan di bawa melawat ke Frave of Gijduvan Mausoleum dan mengunjungi Gijduvan Ceramics Workshop untuk melihat bagaimana seni bina ceramik dihasilkan. Lawatan juga akan dibuat ke Ladang Kapas dan melawat ke Makan Imam Al- Bukhari. Setibanya di Samarkand peserta akan makan malam dan check-in hotel.

HARI 5 

SAMARKAND-TASHKENT (BLD)

Selepas sarapan peserta check-out hotel. Lawatan akan dimulakan dengan melawat Gur-E-Amir Mausoleum & Around: Tamerlane’s Tomb kemudian akan melawat lokasi bersejarah yang digelar sebagai THE REGISTAN & Ulughbek Observatory. Seterusnya lawatan akan ke Grave of Abu Mansur Matooriddiy, Bibi Khanym Mosque & Mousoleum, Shah-i-Zinda dan makan malam. Kemudian akan ke Tashkent menaiki Afrosiab Speed Train. Akan tiba di Tashkent dan check-in hotel.

HARI 6 

TASHKENT-PARKENT DISTRICT-TASHKENT (BLD)

Selepas sarapan pagi di hotel. Lawatan akan bermula ke Kekeldash Madrasah, Centre Of Muslim Education, Melawat Mustaqilik Square, Melawat Madrasah & Masjid Barak Khan, Melawat ke Masjid Kaffa Al-Shashi & Komplek Hast Imam. Solat Zohor di Masjid Tellashaykh dan makan tengah hari. Peserta akan bergerak ke daerah Parkent untuk memetik anggur segar (Jun-September). Makan malam di restaurant tempatan dan kembali ke Tashkent. Peserta akan bermalam di Tashkent.

HARI 7 

TASHKENT- K.LUMPUR (BLD)

Selepas sarapan pagi. Peserta akan di bawa membeli belah di Chorsu Bazaar dan makan tengah hari. Kemudian akan sambung membeli-belah lagi di Samarkand Darvaza. Seterusnya peserta akan terus di bawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

HARI 8 

K.LUMPUR (BLD)

Trip akan tiba pada awal pagi waktu Malaysia. Program tamat.

  • Tiket penerbangan pergi balik (Uzbek Airway)
  • Penginapan hotel bertaraf bintang 3
  • Luggage 25KG seorang
  • 06x Sarapan pagi
  • 06x Makan tengahari
  • 06x Makan malam
  • Bayaran masuk lawatan
  • Tiket keratapi kelas ekonomi
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Tour leader dari bigtrip
  • 01 botol air mineral setiap peserta
  • Insurance Perjalanan
  • Perbelanjaan peribadi(Shopping, telephone dll)
  • Guide Tipping 4USD/Day/Person
Tab Content